Seorang ibu di Thailand sanggup memasang jeriji besi seperti penjara dalam rumah sendiri untuk mengurung anak lelakinya yang berusia 42 tahun.
Keputusan ini diambil selepas bertahun-tahun hidup dalam ketakutan akibat sikap anaknya yang ketagih dadah dan berjudi.
Ketakutan yang berpanjangan

Wanita tersebut, yang tinggal berdua dengan anak lelakinya selepas pemergian suaminya, tidak tahan lagi dengan ancaman yang dihadapi.
Difahamkan, dia bimbang keselamatan diri serta jiran tetangga jika anaknya mengamuk akibat ketagihan.
10 kali rehab tapi masih gagal!

Walaupun sudah lebih 10 kali menghantar anaknya ke pusat rehabilitasi, usaha itu menemui jalan buntu. Ketagihan anaknya sukar dirawat dan akhirnya wanita itu mengambil tindakan drastik dengan membina “penjara” untuk mengawal tingkah laku ganas anaknya.
Keselesaan tetap dijaga

Meskipun anaknya dikurung, si ibu tetap menjaga kebajikannya. Anak itu diberi makanan, minuman, dan akses ke tandas dalam ruang kurungan tersebut.
Tindakan ini menunjukkan kasih sayang ibu yang sanggup berkorban demi keselamatan semua pihak, walaupun terpaksa bertindak tegas.
#OhmediaNasihat
Ketagihan dadah adalah isu serius yang memerlukan sokongan dan rawatan profesional. Tindakan drastik seperti ini menggambarkan tekanan yang dihadapi keluarga mangsa.
Jika korang mengenali individu yang memerlukan bantuan, segera rujuk kepada pihak berkuasa atau badan sokongan. Jangan biarkan isu ini berlarutan!





