KUALA NERUS: Seorang ibu tunggal ditimpa kesedihan berganda setelah rumah pusaka didudukinya di Kampung Banggol Nyiur, Gemuruh, Tepoh di sini terbakar, hari ini, selepas adik lelakinya meninggal dunia kira-kira tiga minggu lalu.
Norfadila Abdullah, 40, yang bekerja di sebuah kedai makan di Tok Jering, dekat sini berkata, dia masih bersedih dengan kematian adiknya, Mohd. Rustam yang mempunyai pelbagai masalah kesihatanĀ pada 19 April lalu.
Katanya, Mohd. Rustam juga tinggal bersamanya di rumah tersebut sebelum meninggal dunia.
āHari ini, saya sedih rumah pusaka yang didiamiĀ pula musnah terbakar. Nasib baik anak saya, Ahmad Ziyaad Danish, 10, berada di rumah datuknya, Abdullah Muhammad, 62, di kampung ini ketika kebakaran berlaku,ā katanya ketika ditemui di tempat kejadian, hari ini.
Katanya, seorang lagi adiknya, Mohd. faizal, 43, yang bekerja kampung dan tinggal bersamanya juga tiada di rumah ketika kebakaran.
āKebakaran itu turut menyebabkan wang tunai milik Allahyarham Mohd. Rustam sebanyak RM5,000 yang baru dikeluarkan dari bank semalam, untuk bayaran baki pengurusan jenazah hangus,ā ujarnya. ā UTUSAN