Ibu Tunggal Mengaku Salah Terbabit Aktiviti Persundalan Di Hotel Melaka, Didenda RM2,500

Ibu Tunggal Mengaku Salah Terbabit Aktiviti Persundalan Di Hotel Melaka, Didenda RM2,500

Oh! Tidak

Ibu tunggal berusia 46 tahun didenda RM2,500 selepas mengaku bersalah jalankan aktiviti persundalan.


Pada 12 Februari lalu, seorang wanita berstatus ibu tunggal dicekup selepas disyaki menjalankan aktiviti tidak bermoral di sebuah hotel di Melaka.

Lebih mengejutkan, wanita berusia 46 tahun itu mengaku sudah dua tahun terlibat dalam aktiviti berkenaan sebelum dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh.

Mahkamah denda RM2,500, dipenjara jika gagal bayar

Ibu Tunggal

Tertuduh, Azwana Sulaiman dari Pandamaran Jaya, Pelabuhan Klang, Selangor, dijatuhi hukuman denda RM2,500 selepas mengaku bersalah atas kesalahan di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan.

Majistret Uthman Abd Ghani turut memutuskan wanita itu boleh dipenjara selama tiga bulan sekiranya gagal melunaskan bayaran denda berkenaan. Difahamkan, denda tersebut telah dijelaskan melalui bantuan saudaranya.

Lapor Harian Metro, kesalahan itu dilakukan di sebuah bilik di The Shore Hotel & Residences, Jalan Persisiran Bunga Raya sekitar jam 8.05 malam pada 12 Februari lalu, apabila tertuduh didapati mencari pelanggan bagi tujuan persundalan.

Mengikut peruntukan Seksyen 372B Kanun Keseksaan, individu yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Guna WeChat tawar khidmat seks

Siasatan bermula selepas pihak polis dari Cawangan D7 (Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka menerima maklumat berhubung tawaran khidmat seks yang dipromosikan melalui aplikasi WeChat.

Ibu Tunggal

Bagi mengesahkan kegiatan itu, seorang anggota polis telah menyamar sebagai pelanggan sebelum memasuki bilik hotel yang disyaki.

Selepas aktiviti persundalan dikenal pasti, pasukan polis bertindak menyerbu dan membuat pemeriksaan di dalam bilik berkenaan.

Antara barangan yang ditemui termasuk pelincir, tiga keping kondom, tisu, telefon bimbit, tisu basah, alat perangsang seks serta wang tunai berjumlah RM350.

Pssttt! Tawaran khidmat seks melalui aplikasi seperti WeChat menunjukkan bagaimana teknologi turut disalah guna untuk tujuan tidak bermoral. Dalam masa sama, realiti hidup yang sukar mungkin menjadi faktor sesetengah individu memilih jalan ini.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top