Ibu kepada pelakon Zahirah Macwilson iaitu Maslinda Yusoff sekali lagi mencuri tumpuan apabila membalas kenyataan yang dibuat oleh bekas suaminya, Zainol Macwilson.
BACA: “Makin Biar Makin Biadap” – Ibu Zahirah MacWilson Dakwa Hubungan Dengan Anak Renggang Sejak 2024
Zainol dipercayai berkongsi luahan mengenai hubungan dengan anak-anaknya dan mendakwa anak bongsunya telah diusir keluar dari rumah oleh bapa tiri iaitu suami Maslinda Yusoff.
Maslinda Yusoff dakwa ada pihak cemburu dengan kehidupannya
Tak berdiam diri, Maslinda tampil memberi penjelasan dari pihaknya. Katanya, ada pihak yang tidak senang melihat kehidupannya kini yang lebih baik.

Dakwanya, ada yang cemburu apabila anak-anak lebih rapat dengan bapa tiri sehingga menghasut anak-anak untuk membenci mereka berdua.
Dalam satu lagi hantaran, Maslinda turut mendakwa bekas suaminya dulu meninggalkannya bersama empat orang anak serta hutang.
Malah, bekas suaminya didakwa berlaku curang dan menyimpan dua kekasih.

Maslinda juga mendakwa bekas suaminya tidak menyukai suaminya kini kerana menganggap lelaki tersebut lebih bertanggungjawab.
Terdahulu, Zainol dalam perkongsiannya mendakwa anak perempuan sememangnya rapat dengan ayah, namun anak lelakinya kurang berinteraksi dengannya sejak lebih 10 tahun lalu.
Dia juga mendakwa puteri bongsunya, Zahra, yang sebelum ini tinggal bersama ibu kandung dan bapa tiri telah dihalau dan kini tinggal bersamanya.
Menurut Zainol, pintu rumahnya sentiasa terbuka untuk anaknya itu sekiranya mahu terus tinggal bersamanya.
Pssttt! Isu melibatkan keluarga, anak-anak dan bekas pasangan memang sangat sensitif, apatah lagi apabila ia dikongsikan secara terbuka di media sosial. Apa pun yang berlaku, diharapkan semua pihak dapat mencari jalan terbaik tanpa terus mengheret anak-anak dalam konflik orang dewasa.
Kredit: Thread Maslinda Yusof
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




