Oh! Tidak
Ibu Zayn Rayyan mendakwa dipaksa buat pengakuan membunuh anaknya semasa dalam tahanan polis.
Perbicaraan kes tragik kematian Zayn Rayyan kembali menarik perhatian selepas ibunya, Ismanira Abdul Manaf, 30, mendakwa dipaksa mengaku membunuh anak sendiri semasa dalam tahanan reman selama 13 hari pada Jun tahun lalu.
Ismanira yang juga saksi pembelaan pertama dalam kes pengabaian kanak-kanak autisme itu tampil memberi keterangan di Mahkamah Sesyen hari ini.
Dia turut mendedahkan soal siasat dilakukan bukan di balai polis biasa, tetapi di sebuah banglo di Petaling Jaya yang dikenali sebagai ‘safe house’.
“Saya dituduh mereka cerita yang saya bunuh Zayn Rayyan..”- Ismanira.
Menurut Ismanira, sepanjang siasatan, dia telah memberi kerjasama penuh namun tetap dituduh melakukan perkara yang tidak dilakukannya.
Mereka menuduh saya dan mengarang cerita yang perkara saya tidak lakukan.
Mereka (polis) mereka cerita yang saya sebenarnya telah menjumpai anak saya lalu saya membunuh anak saya sendiri.- Katanya.
Walaupun dia menafikan semua tuduhan tersebut, Ismanira berkata sebahagian pihak polis masih tidak berpuas hati dan terus menekan dirinya.
“Ada polis yang simpati dengan saya”- Ismanira.
Ismanira turut berkongsi bahawa ketika dalam tahanan, terdapat dua kelompok dalam kalangan pegawai polis. Satu pihak menunjukkan simpati dan mempercayai bahawa dia tidak bersalah.
Pihak polis pada masa itu terbahagi kepada dua golongan. Satu golongan bersimpati dan mengatakan yang mereka tahu saya tidak bersalah.
Tambahnya, golongan ini menyarankan agar dia terus kuat dan lawan jika tuduhan itu tidak benar. Mengulas lanjut berkenaan pertuduhan pengabaian, Ismanira menegaskan dia tidak pernah sekalipun mengabaikan anak sulungnya itu.
Saya tidak mengabaikan Zayn seumur hidup saya dan khususnya pada waktu dan masa dalam pertuduhan itu. Saya benar-benar hilang anak pada hari itu dan bukan saya mengabaikan.- Katanya.
Semalam, Mahkamah Sesyen memutuskan bahawa Ismanira perlu membela diri selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya. Bagaimanapun, suaminya, Zaim Ikhwan Zahari dilepas dan dibebaskan selepas mahkamah mendapati tiada bukti kukuh untuk mendakwanya.
Pssttt! Kes seperti ini sangat menyayat hati dan penuh tanda tanya. Ohmedia harap korang jangan cepat buat andaian sebelum kes selesai disiasat sepenuhnya di mahkamah. Apa pun, tanggungjawab terhadap anak-anak adalah amanah besar yang perlu dijaga sebaiknya. Kita doakan agar kebenaran akan terbukti dan keadilan ditegakkan untuk Zayn Rayyan.
Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!