Ibu Zayn Rayyan Diperintah Bela Diri, Bapa Pula Dibebaskan

Ibu Zayn Rayyan Diperintah Bela Diri, Bapa Pula Dibebaskan

Oh! Tidak

Mahkamah arah ibu Zayn Rayyan bela diri, manakala bapa dibebaskan.


Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini memutuskan bahawa ibu kepada Zayn Rayyan, iaitu Ismanira Abdul Manaf, perlu membela diri atas pertuduhan mengabaikan anaknya sehingga menyebabkan kecederaan fizikal dua tahun lalu.

Keputusan itu diumumkan oleh Hakim Dr Syahliza Warnoh selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Ismanira.

Dalam masa sama, mahkamah melepaskan dan membebaskan suaminya, Zaim Ikhwan Zahari, daripada pertuduhan yang sama.

Pendakwaan hanya terhadap ibu Zayn Rayyan…

Zayn Rayyan

Menurut laporan, pasangan suami isteri berusia 30 tahun itu sebelum ini dituduh mengabaikan anak mereka, Zayn Rayyan Abdul Matin yang juga seorang kanak-kanak autisme, sehingga berisiko menyebabkan kecederaan fizikal.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sekitar Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai sehingga ke kawasan sungai berdekatan antara jam 12 tengah hari pada 5 Disember hingga 9.55 malam 6 Disember 2023.

Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, hukuman maksimum boleh mencecah penjara 20 tahun, denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Siapa wakili dan dakwa?

Zayn Rayyan

Ismanira dan Zaim diwakili oleh pasukan peguam yang terdiri daripada Haresh Mahadevan, Ramzani Idris dan Lavanesh Haresh.

Pendakwaan pula dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin bersama Aqharie Durranie Aziz dan Nur Sabrina Zubairi.

Untuk rekod, Zayn Rayyan, 6 tahun, dilaporkan hilang pada 5 Disember 2023 sebelum mayatnya ditemukan keesokan harinya di dalam aliran anak sungai berhampiran kediaman mereka.

Tragedi ini mendapat perhatian seluruh negara, malah menimbulkan pelbagai tanda tanya tentang keselamatan dan penjagaan kanak-kanak.

Pssttt! Ohmedia harap korang sentiasa ambil berat tentang keselamatan dan kebajikan anak-anak, terutama yang mempunyai keperluan khas. Jangan ambil mudah soal penjagaan anak kerana sedikit kecuaian boleh membawa padah yang besar. Hormati proses undang-undang dan biarlah kebenaran terbukti di mahkamah.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top