Ibu Zayn Rayyan Nafi Tukar Baju Dan Cerita Situasi Pada Hari Kejadian | Trending – Oh! Media

Ibu Zayn Rayyan Nafi Tukar Baju Dan Cerita Situasi Pada Hari Kejadian | Trending – Oh! Media

Trending

Ibu Zayn Rayyan nafi dakwaan jiran yang kata mereka terserempak di tangga dan menukar pakaian.


Ibu kepada arwah Zayn Rayyan, Ismanira Abdul Manaf tampil menafikan dakwaan seorang jiran yang mengatakan mereka pernah terserempak di tangga pada hari kehilangan anaknya.

Menurut laporan Kosmo, ibu Zayn berkata yang dia hanya buka pintu rumah seketika sebelum meletakkan beg sekolah anaknya dan dua beg barangan yang baru dibeli, kemudian terus turun tangga untuk mencari Zayn yang didapati hilang.

“Saya tak jumpa sesiapa di blok masa tu” – Ismanira

Zayn Rayyan

Ismanira menjelaskan bahawa dia tidak berselisih dengan mana-mana individu di Blok R ketika sedang mencari anaknya, apatah lagi tidak pernah bertemu dengan saksi bernama Rashidah seperti yang didakwa.

Saya berhenti di setiap kedai depan Apartmen Idaman untuk minta tolong dan tinggalkan nombor telefon… Di blok saya, waktu itu waktu bekerja, memang tak ramai orang.

Beliau turut menafikan dakwaan menukar pakaian sambil membawa beg sekolah Zayn Rayyan, seperti yang diceritakan oleh saksi tersebut.

Saksi dakwa terserempak dua kali

Zayn

Terdahulu, saksi ke-16, Rashidah Rajali dalam kes ini, mendakwa dia pernah berselisih dengan Ismanira sebanyak dua kali di tangga Blok R.

Menurutnya, pertemuan pertama berlaku pada 12.15 tengah hari, dan kali kedua pada 12.35 tengah hari dengan mendakwa pakaian yang dipakai Ismanira berbeza pada kedua-dua pertemuan itu.

Saya ada tengok muka dia, tapi saya tidak bercakap. Saya hanya nampak dia pakai beg silang sahaja.

Pssttt! Apabila melibatkan kes besar seperti ini, setiap kenyataan saksi dan pihak terlibat perlu diteliti dengan adil. Jangan cepat membuat andaian, serahkan pada proses perundangan untuk menentukan kebenaran.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top