am@hmetro.com.my
Pendang: Identiti pemandu kereta Hyundai Sonata EF yang rentung selepas kenderaan itu hilang kawalan, terbalik dan terbakar dalam kemalangan di Kilometer 65.4 Lebuhraya Utara Selatan arah utara malam tadi sudah dikenal pasti.
Ketua Polis Daerah Pendang, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, mangsa dikenali sebagai Cheah Ah Kok 61, beralamat di Jalan Kilang Tebu, Batu 3, Jalan Kuala Kedah.
Beliau berkata, lelaki itu terbakar di seluruh badan akibat kemalangan itu.
“Hasil siasatan mendapati, kereta Hyundai Sonata EF itu didaftarkan atas nama isterinya yang beralamat di Kuala Lumpur.
“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk dibedah siasat, ” katanya ketika dihubungi hari ini.
Media hari ini melaporkan, pemandu kereta ditemukan rentung dalam sebuah kereta yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 65.4 Lebuhraya Utara Selatan, menghala ke utara, di sini malam tadi.
© New Straits Times Press (M) Bhd




