Identiti pucuk rebung Rasta Rashid dalam siluet monokrom

Identiti pucuk rebung Rasta Rashid dalam siluet monokrom
Rekaan Batek by Rasta Rashid kali ini lebih menjurus kepada pakaian santai, ‘resort wear’ dan kasual kemas.

Rekaan Batek by Rasta Rashid kali ini lebih menjurus kepada pakaian santai, ‘resort wear’ dan kasual kemas.

TAMPIL bergaya dengan rekaan lebih segar, ringkas dan unik, pereka fesyen popular tanah air, Rasta Rashid menonjolkan keunikan rekaan busana bertemakan ‘Monocherome Mythos’ sempena The Kuala Lumpur Men’s Fashion Week (TKLMFW) 2025.

Masih mengekalkan identiti rekaan uniknya menerusi motif pucuk rebung, pemilik nama sebenar Rastawati Dewi Abdul Rashid itu mengetengahkan 10 sentuhan karya dengan nuansa lebih elegan.

Anak jati Pahang yang terkenal dengan gelaran ratu kostum itu berkata, konsep bermotifkan batik abstrak dan pucuk rebung yang diletakkan pada bahagian belakang menjadi inspirasi utama dalam peragaan kali ini.

Antara rekaan terbaharu Batek by Rasta Rashid sempena sempena TKLMFW 2025.

Antara rekaan terbaharu Batek by Rasta Rashid sempena sempena TKLMFW 2025.

“Penggunaan rona hitam, biru gelap dan putih yang digabungkan dengan fabrik linen polos menambahkan lagi nilai eksklusif dalam koleksi Batek by Rasta Rashid terbaharu.

“Pengenalan pucuk rebung untuk setiap koleksi adalah satu identiti yang tidak dapat disangkal kerana di sinilah bermulanya idea saya sebagai pereka yang menggunakan batik sarung sebagai fabrik pilihan sejak tertubuhnya jenama ini,” katanya.

Rasta berkata, rekaan kali ini lebih menjurus kepada pakaian santai, ‘resort wear’ dan kasual kemas yang selesa dipakai dan amat bersesuaian dengan cuaca di Malaysia dan negara luar.

“Batek by Rasta Rashid memang terkenal dengan pakaian santai dan kasual kemas, cuma kali ini saya lebih memfokuskan kepada penggunaan warna yang lebih ringkas.

“Dari segi pemilihan fabrik pakaian kasual santai, saya memilih fabrik kapas dan linen manakala gabungan fabrik kulit dan Italian Satin Duchesse untuk kasual kemas demi menampakkan tampilan lebih mewah,” ujarnya.

Rasta Rashid menonjolkan keunikan rekaan busana bertemakan ‘Monocherome Mythos’ sempena TKLMFW 2025.

Rasta Rashid menonjolkan keunikan rekaan busana bertemakan ‘Monocherome Mythos’ sempena TKLMFW 2025.

Acara berprestij yang dirasmikan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut mempersembahkan ciptaan stail pereka fesyen lain.

Antaranya Azammoff, Kalai, Jay K, Maswira Majid, Ellena Rashid, Kherul Kamal Mohd Rubi, Kashfi Zulkufli dan Zamil Idris di atas pentas peragaan bertempat di M Hotel & Resort Kuala Lumpur.

Scroll to Top