Madrid: Pemain nombor dua dunia, Iga Swiatek, akan beraksi dalam final Piala Billie Jean King di Malaga bulan depan, di mana mereka akan menghadapi tuan rumah Sepanyol dalam perlawanan pembukaan.
Iga tidak beraksi sejak tewas kepada Jessica Pegula di suku akhir Terbuka Amerika Syarikat (AS) pada September.
Selepas memutuskan untuk tidak menyertai jelajah Asia WTA akibat keletihan, pemain berusia 23 tahun ini kehilangan posisi nombor satu dunia kepada Aryna Sabalenka dari Belarus.
“Jumpa di Malaga! Saya gembira untuk mengumumkan bahawa saya akan bermain di Final BJKC,” tulis Iga di media sosial.
“Saya bangga dapat mewakili negara saya dan akan berusaha sebaik mungkin bersama pasukan Poland.”
Iga, yang berpisah dengan jurulatih Tomasz Wiktorowski awal bulan ini, kini menambah Wim Fissette ke dalam pasukannya.
Dia juga akan mengambil bahagian dalam Jelajah Akhir WTA di Riyadh pada bulan November, memberikan peluang untuk merampas semula kedudukan teratas dalam ranking dunia.
© New Straits Times Press (M) Bhd
