Ika Nabella Sokong Suami Beri ‘Upah’ Pada Isteri Menyusu – “Ini Kerja Sepenuh Masa, Bukan Kerja Dari 9 Pagi Hingga 5 Petang”

Ika Nabella Sokong Suami Beri ‘Upah’ Pada Isteri Menyusu – “Ini Kerja Sepenuh Masa, Bukan Kerja Dari 9 Pagi Hingga 5 Petang”

Pelakon Ika Nabella mencuri perhatian selepas memuat naik satu ciapan menerusi platform Threads miliknya, baru-baru ini.

Menerusi ciapan tersebut, Ika menyatakan sokongannya terhadap golongan suami yang memberikan ‘upah’ atau ganjaran kepada isteri yang menyusukan anak mereka, selari dengan tuntutan dan cabaran ibu moden masa kini.

Kenyataan itu turut dikongsikan susulan kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang Kaunselor Laktasi (Lactation Counselor), Nad Masrom sekali gus mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan warganet mengenai penghargaan terhadap pengorbanan ibu menyusu.

“Maaf cakap tapi jika awak memilih untuk tidak memberikan ‘upah’ kepada isteri anda, terserah.

“Tapi, menyusukan badan bukanlah sesuatu yang mudah. Ia bukan kerja 9 pagi hingga 5 petang. Ini adalah kerja sepenuh masa melibtakan emosi dan fizikal.

“Ada juga isteri yang tak sampai hati nak inform suami bab ni. Tapi, bagi saya kalau sayang suami bagitahu lah. ‘Untung batu tenggelam’. Mana tahu rezeki anda dapat ‘upah’ dan rezeki suami anda dapat pahala,” katanya.

Menjengah ke ruangan platform Nad Masrom, dia menjelaskan, tindakan dia berkongsi ‘ilmu’ tersebut bukanlah sengaja mahu meraih perhatian sebaliknya mengakui terdapat segelintir suami yang berasa bimbang mengenai ‘upah’ yang seharusnya diberikan kepada isteri mereka.

Jelasnya, ‘upah’ yang dimaksudkan bukanlah semata-mata wang ringgit sebaliknya, layanan, penghargaan dan ruang untuk isteri berehat.

Scroll to Top