Pelakon Ika Nabella kekal dengan pendiriannya untuk membawa anak lelakinya masuk ke tandas wanita demi keselamatan.
Menerusi perkongsian di Threads, Ika berkata dia belum yakin untuk membiarkan anaknya menggunakan tandas sendirian selagi anaknya belum bersedia.
BACA: “Suami 100% Provider, Leader” – Ika Nabella Kurang Setuju 50/50 Dalam Perkahwinan
Menurut Ika lagi, soal keselamatan anak-anak bukan perkara yang boleh dibuat main-main.

“Cakap la apa yang dicakapkan tetapi anak saya akan tetap ikut saya ke tandas wanita selagi saya belum rasa dia bersedia untuk masuk tandas lelaki sendiri.
“Keselamatan dia tidak boleh dirunding. Kalau perkara itu buatkan sesiapa rasa tidak selesa, itu bukan masalah saya,” katanya.
Perkongsian Ika Nabella itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan kenyataan pelakon itu apatah lagi bimbang jika berlaku perkara tidak diingini kepada anak-anak.




