Ikhtiar selamatkan nyawa, lelaki berpaut pada pokok kelapa elak dibawa arus

Ikhtiar selamatkan nyawa, lelaki berpaut pada pokok kelapa elak dibawa arus

Keadaan banjir yang buruk di Pantai Timur ketika ini sememangnya membimbangkan. Banyak pusat-pusat pemindahan telah dibuka dan anggota penyelamat sedang bertungkus-lumus membawa keluar mangsa-mangsa banjir yang masih terkandas.

Lebih merisaukan, banjir yang terjadi ketika ini terutamanya di Terengganu dan Kelantan bukanlah seperti kebiasaannya kerana air bah naik ketika bulan Februari.

Ribuan penduduk telah dipindahkan dan ada diantara mereka masih lagi menanti bantuan tiba kerana arus deras begitu kuat di sesetengah kawasan sehingga bot-bot penyelamat tidak dapat melalui kawasan tersebut.

Hal ini samalah seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @megatmey apabila memuat naik satu video seorang lelaki yang menyelamatkan diri dengan berpaut pada pokok kelapa supaya tidak terbawa oleh arus.

@megatmey

#banjirkualaberang

♬ original sound – MegatMey – MegatMey

Mujur lelaki itu  cepat bertindak dengan berpaut pada pokok dan bot penyelamat segera mendekatinya untuk membawanya ke tempat yang lebih selamat.

Dalam pada masa yang sama, lelaki tersebut dipuji kerana tetap memikirkan keadaan orang lain dengan meminta bot penyelamat mencari orang lain yang sebelum ini turut mengalami nasib sama.

Menjengah keruangan TikTok @megatmey, saudara terdekat kepada lelaki yang berpaut pada pokok kelapa itu ada meninggalkan komen dengan mengucapkan syukur dan terima kasih kepada yang membantu saudaranya daripada dibawa arus deras.

Wanita yang dikenali sebagai Aza itu memaklumkan yang sepupunya itu sebenarnya mahu ke rumah ibunya kerana bimbang akan keadaan warga emas terbabit. Namun, tidak sangka dia terkandas dalam arus yang begitu kuat.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengucapkan rasa syukur kerana lelaki itu selamat.

Mereka juga sempat menitipkan doa agar bencana banjir yang sedang berlaku di Pantai Timur ketika ini segera pulih dan berharap mereka yang menjadi mangsa terus kuat serta tabah menghadapi ujian daripada Allah S.W.T.

Sumber: TikTok @megatmey

 

 

Scroll to Top