Imigresen hadkan pengeluaran pas lawatan sempadan Malaysia-Thai

Imigresen hadkan pengeluaran pas lawatan sempadan Malaysia-Thai

Pada 18 September 1983, Utusan Malaysia melaporkan pengeluaran pas-pas lawatan sempadan Malaysia-Thailand telah dihadkan oleh Jabatan Imigresen terutamanya terhadap belia yang berumur 21 tahun ke bawah untuk mengelakkan mereka daripada mengunjungi tempat maksiat di Thailand.

Belia yang berumur 21 tahun ke bawah dikehendaki mengemukakan kebenaran ibu bapa mereka untuk menyokong permohonan pas lawatan sempadan berkenaan.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 18 September 1981 – Menteri Penerangan, Tan Sri Mohamad Rahmat melancarkan bot polis jenis PZ ‘Serangan Batu’ yang kelapan di sebuah limbungan di Butterworth.
  • 18 September 1982 – Lembaga Lebuh Raya Malaysia menandatangani perjanjian pinjaman berjumlah RM70 juta dengan 10 buah institusi kewangan bagi pembiayaan lebuh raya dari Kuala Kangsar ke Changkat Jering.
  • 18 September 1983 – Kerajaan Australia tidak menghalang penjualan ladang ternakan lembu ‘Rosewood’ di Northern Territory kepada Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sarawak (SEDC).

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Scroll to Top