PEMAIN muda Barcelona, Marc Guiu berkata, dia tidak akan boleh tidur selepas menjadi wira pasukannya apabila menjaringkan gol kemenangan 1-0 ke atas Athletic Bilbao selepas masuk hanya beberapa saat dalam aksi La Liga awal pagi tadi.
Skuad kendalian Xavi Hernandez itu yang akan menentang Real Madrid Sabtu depan dalam aksi Clasico hanya satu mata di belakang musuh ketat mereka itu selain Girona di tempat kedua yang menewaskan Almeria 5-2 sebelum ini.
Barcelona bergelut untuk mencari gol sebelum Guiu, 17 masuk dan meledak gol pada minit ke-80.
“Malam ini saya tidak akan dapat tidur. Saya tidak percaya, saya hampir tidak boleh bernafas dan saya menikmati detik ini,” katanya.