Impian Soon Huat-Shevon ke separuh akhir terhenti

Impian Soon Huat-Shevon ke separuh akhir terhenti
Soon Huat-Shevon Lai terpaksa akur apabila cabaran dalam Kejohanan Badminton Terbuka Jepun terhenti di suku akhir selepas tewas kepada pasangan pilihan kedua dari China, Jiang Zhenbang-Wei Yaxin, pada Jumaat.

BEREGU campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie, terpaksa akur apabila cabaran dalam Kejohanan Badminton Terbuka Jepun terhenti di suku akhir selepas tewas kepada pasangan pilihan kedua dari China, Jiang Zhenbang-Wei Yaxin, pada Jumaat.

Saingan Super 750 yang berlangsung di Tokyo Metropolitan Gymnasium itu menyaksikan Soon Huat-Shevon bermula perlahan apabila tewas 13-21 dalam set pertama.

Namun, mereka bangkit lebih bertenaga apabila memberi saingan sengit dalam set kedua dan hampir memaksa perlawanan ke set penentuan selepas mendahului 20-19.

Malangnya, pasangan negara gagal memanfaatkan kelebihan mata akhir tersebut dan akhirnya tunduk 21-23, sekali gus menamatkan cabaran mereka di kejohanan berkenaan.

Kekalahan itu sekali gus memadam harapan untuk menyaksikan pertembungan sesama Malaysia di separuh akhir, selepas pasangan negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei terlebih dahulu mara ke peringkat empat terbaik.

Sebaliknya, Tang Jie-Ee Wei, gandingan di ranking keempat dunia itu, kini bakal berdepan ujian getir apabila menentang Zhenbang-Yaxin bagi merebut tiket ke final pada Sabtu.

Scroll to Top