Impian suku akhir Tang Jie-Ee Wei lebur

Impian suku akhir Tang Jie-Ee Wei lebur

Tang Jie (kanan) dan Ee Wei tumpas kepada pasangan Jepun pada pusingan kedua Terbuka Malaysia di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Khamis. -Foto: FB BAM

IMPIAN beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei untuk mengulangi pencapaian musim lalu mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2024 tidak kesampaian setelah perjalanan mereka tersekat dalam pusingan kedua pada Khamis.

Pilihan kelapan kejohanan itu tewas kepada beregu Jepun, Hiroki Midorikawa-Natsu Saito 24-22, 21-14 dalam tempoh 42 minit permainan di Axiata Arena.

Pasangan di ranking kesembilan dunia itu nyata kecewa dengan prestasi mereka yang cuba memberikan aksi terbaik, namun terpaksa akur beregu lawan lebih baik.

“Saya tak boleh nak fikir, kecewa. Cuba buat kelainan dan mengubah corak permainan, namun mereka lebih baik. Segalanya tidak menjadi,” ujar Tang Jie.

Scroll to Top