Imran Bard Mengaku Khilaf, Tampil Mohon Maaf Pada Ellie Suriaty

Imran Bard Mengaku Khilaf, Tampil Mohon Maaf Pada Ellie Suriaty

Pempengaruh, Imran Bard akhirnya mengaku khilaf dan memohon maaf kepada pelakon, Ellie Suriaty susulan kandungan video parodi yang dibuat menggunakan nama dramatis itu menerusi hantaran di TikToknya.

Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Imran atau nama sebenarnya Muhammad Al Imran Badaruddin mengakui perbuatannya itu menyinggung perasaan Ellie Suriaty.

Tambah Imran, tujuan dia menggunakan nama Ellie dalam video parodinya adalah kerana terlalu minat akan lakonan aktres itu.

“Saya, Imran Bard, ingin memohon maaf atas kekhilafan saya dalam video Tik Tok Imran yang telah menyinggung perasaan Puan. Imran mohon maaf kerana ambil masa sedikit lama untuk bertenang dan muhasabah.

“Tujuan video tersebut seratus peratus tidak berniat untuk menyinggung mana mana pihak, seperti video-video Imran sebelum ni, ia hanyalah parodi random.

“Imran, sebagai peminat dan yang mengidolakan puan dan pelakon-pelakon lain yang Imran sebut namanya, nama-nama terkeluar secara spontan di setiap video Imran.

“Secara jujurnya Imran dibesarkan dengan menonton lakonan-lakonan Puan Elly. Walaupun Imran dalam golongan Gen Z tapi Imran sangat meminati genre-genre filem di zaman Puan Elly dulu.

“Walau bagaimanapun, Imran mengakui kesalahan Imran bahawa nama-nama tidak boleh dipetik apatah lagi diperolok-olokkan walaupun sekadar jenaka.

“Imran bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang telah berlaku. Imran hargai teguran Puan dan Imran akan menganggap ini adalah pengajaran terbesar untuk Imran seumur hidup,” kongsinya.

Di akhir perkongsian, pempengaruh berusia 24 tahun itu berharap agar Ellie sudi menerima permohonan maaf nya.

ARTIKEL BERKAITAN:Imran Bard Respons Tuntutan Ellie Suriaty Minta Ibu Bapa Minta Maaf – “Saya Hormat Dia Sebagai Orang Tua”

ARTIKEL BERKAITAN:Maruah Tercalar, Ellie Suriaty Tuntut Ibu Bapa Imran Bard Minta Maaf – “Saya Tak Reda & Dah Buat Laporan Polis!”

ARTIKEL BERKAITAN:“Kalau Adab Tu Tak Ada, Jangan Rasa Diri Hebat”- Rita Rudaini Selar Tindakan Imran Bard

Terdahulu, Ellie menuntut permohonan maaf daripada Imran termasuk ibu bapa pempengaruh itu kerana mendakwa sudah mencalarkan namanya menerusi dua hantaran di TikTok dengan kandungan berunsur fitnah.

Ellie atau nama sebenar, Ellie Suriaty Omar dilapor kecewa dengan tindakan Imran apabila didakwa memperlekeh reputasi yang dibina lebih tiga dekad sebagai anak seni.

ARTIKEL BERKAITAN:Teruk Dihentam Netizen, Imran Bard Nak ‘Hilang’ Seketika Dari Media Sosial?

ARTIKEL BERKAITAN:Nama Dipetik Dalam Video Parodi Imran Bard, Zulin Aziz Dipuji Tak Cepat Melatah – “Kalau Faham Konsep, Insya-Allah Tak Ada Apa Pun”

ARTIKEL BERKAITAN: “Awak Ambil Vaksin Tak?” – Warganet Dakwa Imran Bard Perli Rita Rudaini?

Scroll to Top