luqman.arif@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Kadar imunisasi di Selangor masih rendah meskipun merekodkan banyak kes COVID-19, bukan berpunca daripada isu kekurangan bekalan vaksin.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, berkata Selangor mengalami isu kapasiti pemberian vaksin yang rendah, iaitu sekitar 20,000 dos sehari sebelum ini.
Menerusi kerjasama dengan kerajaan negeri, beliau berkata, jumlah pemberian suntikan berupaya ditingkatkan kepada 50,000 dos sehari tetapi masih tidak mencukupi kerana jumlah itu mesti digandakan kepada 100,000 dos sehari.
“Kita buka lebih banyak pusat pemberian vaksin (PPV) mega dan sebagainya, demi untuk tingkatkan kadar penggunaan vaksin. Justeru isu di Selangor bukan disebabkan masalah bekalan.
“Sebaliknya, mereka bergelut dengan isu kapasiti penggunaan vaksin dan dikenal pasti sebagai negeri yang merekodkan antara kadar imunisasi terendah di Malaysia,” katanya, hari ini.
Beliau berkata demikian selepas meninjau program imunisasi bagi ibu mengandung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini hari ini.
Yang turut hadir Penasihat Hal Ehwal Kesihatan Awam Perdana Menteri, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood.
Berita lanjut menyusul
© New Straits Times Press (M) Bhd




