Personaliti media sosial dan usahawan, Hafiz Mahamad menjadi sebutan ramai selepas dia berkongsi membuat surat penghargaan kepada pekerja-pekerjanya.
Menerusi perkongsian tersebut, Hafiz berkata tujuan dia menulis surat itu adalah untuk menghargai usaha pekerjanya yang sering pulang lewat bekerja.
“Staff selalu balik lewat sebab kerja. Keluarga macam mana? Inilah sebab saya menulis surat dan beri sikit hadiah kepada keluarga mereka juga,” katanya.
Dalam surat tersebut, Hafiz turut membelanjakan pakej berurut mencecah harga lebih RM300.
Namun begitu, di ruangan komen ada seorang individu meminta Hafiz untuk berhenti membuat ‘content’ yang didakwa menjatuhkan maruah pekerjanya.
“Ni la boss jenis hamak perhatian. Lepas ni jangan biasa buat content video maki pekerja. Mereka ada maruah. Cukuplah dengan toksik leadership tu.
“Malu buat video sambil tegur pekerja sebab mereka itu adalah suami dan isteri orang, anak-anak orang. Lagi hamak content terpaling boss dan terpaling suami, lagi orang shut down dan pangkah awak,” katanya.

Bagaimanapun, Hafiz tidak memberi sebarang respons terhadap komen tersebut.
Artikel Berkaitan: “Jangan Gunakan Naratif Mengelirukan!” – Dituduh Sebar Fitnah Pada Agama, Hafiz Mahamad Tampil Perjelas Video Tular Depan Kaabah
Artikel Berkaitan: Enggan Kesilapan Lama Berulang, Hafiz Mahamad Mohon Beri Ruang Isu Dituduh Sebar Fitnah Pada Agama – “Saya Nak Kukuhkan Input & Minta Pandangan Pakar”




