Individu Soal Tak Takut ‘Expired’ Ke Lambat Kahwin… Didakwa Terlalu Memilih, Ini Respons Amira Othman

Individu Soal Tak Takut ‘Expired’ Ke Lambat Kahwin… Didakwa Terlalu Memilih, Ini Respons Amira Othman

Penyanyi, Amira Othman tampil menjawab persoalan dua individu yang bertanya sekiranya dia tidak bimbang masih belum mendirikan rumah tangga meskipun sudah mencecah usia 31 tahun.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs) miliknya, Amira seakan meluahkan rasa kesal apabila dia masih mendapat soalan tentang berkahwin.

“Dah 2025 pun ada lagi soalan macam ni ek. Ingat 2024 je ada. Jap saya share lagi nak bagi korang sama-sama marah. Beginilah soalan-soalan selalu saya dapat.

“Ingatkan azam baru tak ada dah solan macam ni,” katanya.

Sebelum ini, nama Amira hangat menjadi sebutan selepas didakwa menjalinkan hubungan dengan aktor sensasi, Fattah Amin.

Dakwaan tersebut muncul selepas video ‘recap’ 2024 Amira yang dikongsikan di Instagram miliknya menjadi perhatian ramai yang tertumpu kepada minit sosok seorang lelaki tinggi memakai topi dan cermin mata hitam.

Ramai netizen mula tertanya-tanya siapakah identiti lelaki tersebut namun ada juga segelintir pihak yang membuat spekulasi mendakwa jejaka itu adalah Fattah.

Artikel Berkaitan: Video ‘Recap’ 2024 Raih Tumpuan, Kapsyen ‘Hati Hati’ Jadi Tanda Tanya… Netizen ‘Approve’ Fattah Amin & Amira Othman? 

Scroll to Top