Individu Tegur Khairul Aming Ajar Resepi Guna Minyak Banyak, Suruh Kongsi Menu Sihat Pula | Oh! Media

Individu Tegur Khairul Aming Ajar Resepi Guna Minyak Banyak, Suruh Kongsi Menu Sihat Pula | Oh! Media

Pempengaruh terkenal, Khairul Aming baru-baru menerima teguran terbuka daripada pengguna X dikenali sebagai Kylo Afif mengenai menu masakan yang dikatakan banyak minyak.

BACA: Doktor Tegur Resepi Air Manis Khairul Aming Bahaya Untuk Kesihatan

Kylo mencadangkan Khairul Aming menggunakan pengaruh yang ada untuk mendidik rakyat Malaysia mengenai pemakanan sihat.

Resepi Khairul Aming banyak minyak?

khairul aming

Dalam hantaran lain, Kylo menyatakan bahawa niat asalnya hanyalah untuk memberikan cadangan membina tetapi ia bertukar menjadi sesi serangan peribadi.

khairul aming

Pengikut pertahan Khairul Aming

khairul aming

Menurut pengikut setia Khairul Aming, pempengaruh berkenaan sebelum ini sudah berkongsi pelbagai menu serta amalan gaya hidup sihat.

Dulu dia pernah buat video hidup sihat, exercise and main jump rope everyday masa PKP kenapa korang tak nak sebut? BTW saya bukan walaming.

Tetapi untuk bulan Ramadan, menu yang dikongsi Khairul Aming sesuai dengan citarasa rakyat Malaysia dan mudah.

#ApaKataOhmedia

Bagus teguran yang dibuat tu, tetapi selain Khairul Aming, ramai lagi influencer masakan yang berkongsi mengenai gaya hidup sihat.

Bagi yang mencari menu sihat, anda bolehlah tengok perkongsian Joey Khor, Jovin dan ramai lagi.


Scroll to Top