Seorang individu tampil berkongsi keadaan mangsa kes rogol membabitkan pendakwah bebas, Da’i Syed atau nama lengkapnya, Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful menerusi hantaran di platform media sosial baru-baru ini.
Menurut individu yang dikenali sebagai @fatinnabila.ar menerusi hantaran di Threads miliknya, mangsa didakwa cuba untuk bertindak ekstrem selepas Mahkamah Rayuan membenarkan penggantungan pelaksanaan hukuman penjara sementara terhadap selebriti itu.
“Kau orang tahu, mangsa rogol si so called ‘Da’i’ Syed tu cuba bunuh diri time Syed tu dibebaskan semenatra hari tu?
“Aku tahu pasal tu, and a few days after tu aku jumpa dia (mangsa) di rumah aku dekat kampung memandangkan dia merupakan kawan kepada kakak aku,” katanya.

Jelasnya, kejadian itu turut disahkan sendiri oleh kakak kandungnya apabila dia terlihat kesan kelar yang terdapat pada tangan mangsa.
“Long story shot, kakak aku siap tunjuk gambar tangan dia yang dia kelar. Bukan setakat tangan, penuh badan dia kesan kelar. Sedihnya.
“Syed kau tengoklah salah satu mangsa kau ni sampai macam tu sekali terseksa.
“Kau orang lelaki, jangan nak ikut sedap diri sendiri je. Sedap tu sementara, kesannya selamanya. Bukan mangsa je, anak dan isteri kau pun merana,” katanya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa simpati terhadap insiden dan trauma yang terpaksa dilalui mangsa sekali gus mendoakan agar keadilan berpihak kepadanya.






