Pelakon, Izreen Azminda mengimbau kembali pengalaman menjadi mangsa pukau ketika berada di sebuah pusat membeli belah terletak di Kuala Lumpur.
Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs) miliknya, Izreen berkata seorang wanita dipercayai berbangsa India mendekatinya di tandas dengan mencalit sesuatu sehingga menyebabkan dirinya mengikut segala arahan individu tersebut.
“Aku pun pernah kena macam ni. Masa tu kat toilet Sogo. Tiba-tiba ada perempuan India datang calit lipstick dekat seluar aku, dia kata tak apa dia boleh tolong cuci.
“Aku jadi blur, buka seluar bagi dekat dia lepastu dia bagi skirt dia dekat aku. Aku bukan setakat bagi seluar, bagi sekali dengan handbag.
“Bayangkan aku pakai skirt India tu pusing mall. Aku sedar pun dah lambat,” katanya.

Bercerita lebih lanjut, Izreen berkata dia kehilangan beg tangan dan sedikit duit serta barangan peribadi seperti lesen memandu, dan kad pengenalan (IC).
“Penyudahnya yang aku hilang beg aku duit sikit sebab masa tu masih belajar lagi. Kad bank, IC dan lesen.
“Masa tu aku belum pakai tudung lagi. Aku pakai skirt India tu jalan-jalan dalam mall dengan bulu kaki tak cukur tu, katanya.





