Pelakon popular, Ruhainies meluahkan rasa kesal selepas seorang individu wanita membuat dakwaan tidak berasas bahawa dirinya kini sedang ‘dibela’ oleh seorang sugar daddy.
Menurut dakwaan individu terbabit, status pelakon itu yang masih belum mendirikan rumah tangga adalah kerana dia kononnya selesa menjalani kehidupan mewah hasil ‘tajaan’ sugar daddy.

Tidak berdiam diri dengan tuduhan liar tersebut, Ruhainies bertindak menyiasat identiti wanita berkenaan selepas mesej yang dihantarnya kepada individu itu hanya dibaca tanpa sebarang balasan.
Bagaimanapun, menerusi satu hantaran berlainan, wanita terbabit akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka atas keterlanjuran kenyataannya.



Tambah Ruhainies, dia mahu mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai dakwaan yang dibuat wanita itu kerana tuduhan tersebut telah mencalarkan imej dan maruahnya sebagai seorang anak seni.
Jelasnya lagi, dia tidak menolak kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan sekiranya perkara itu terus diperbesarkan atau memberi kesan negatif kepada kerjayanya.
Terbaharu, Ruhainies memaklumkan, segala butiran lanjut mengenai individu menyebabkan yang penyebaran fitnah telahpun diperolehi hasil bantuan pengikutnya.





