Indonesia kerah bas oksigen bergerak

Indonesia kerah bas oksigen bergerak

PALANGKA RAYA – Sebuah bas yang dilengkapi tangki oksigen kini menjadi tempat perlindungan sementara bagi penduduk di sebuah bandar di Pulau Borneo, Indonesia yang mengalami kesukaran bernafas akibat jerebu toksik disebabkan kebakaran hutan dan tanah yang masih berterusan.

Pihak berkuasa tempatan menyediakan sebuah ‘bas oksigen’ yang dilengkapi tangki oksigen dan petugas perubatan susulan peningkatan kes penyakit pernafasan di Palangka Raya, Kalimantan Tengah.

Melalui perkhidmatan itu, penduduk boleh mendapatkan bantuan oksigen dengan menggunakan tiub kecil yang dipasang pada hidung selama lima hingga 10 minit bagi setiap sesi.

Kementerian Kesihatan memaklumkan kes penyakit pernafasan yang dikaitkan dengan kebakaran meningkat kepada kira-kira 350,000 kes bagi tempoh Ogos hingga 25 Oktober lalu. Daripada jumlah itu, Kalimantan Tengah merekodkan kira-kira 31,000 kes.

Seorang petugas dikenali sebagai Yuda berkata, kebanyakan penduduk yang mendapatkan bantuan di dalam bas itu mengalami batuk berpanjangan atau kesukaran bernafas. – Agensi

 

 

Scroll to Top