“Influencer pun scammer derma?”- Michael Ang nasihat orang ramai tolong keluarga dulu

“Influencer pun scammer derma?”- Michael Ang nasihat orang ramai tolong keluarga dulu

“Influencer pun scammer derma?”demikian pertikaian pengarah, Michael Ang.

Pengarah, Michael Ang mempertikai sama ada orang ramai perlu mempercayai mana-mana personaliti media sosial yang seringkali membuat kutipan derma secara atas talian.

“Influencer pun scammer derma?”

Pengarah berusia 48 tahun itu tampil bersuara mengenai isu membabitkan pasangan pempengaruh, Alif Teega dan Aisyah Hijanah yang didakwa melakukan penyelewengan dan pecah amanah terhadap kutipan  derma.

Menerusi hantaran di Instagram, Michael Ang meluahkan rasa tidak sangka terhadap sikap pempengaruh terlibat yang sanggup menjadi ‘scammer’ kutipan derma.

“Influencer pun scammer derma? Guys, I rasa semua scammer ni kena dihentikan. And cara untuk hentikan ada satu je cara iaitu diri kita. 
“Kita tak boleh nak percaya pada derma-derma influencer, individual da terutama yang menggunakan agama, event agama, ahli politik atau mamat-mamat TikTok yang asyik hentam orang politik, lepas kena tangkap terus minta derma untuk lawyer and why not.”katanya.

Artikel lain: Aliff Teega & Aisyah Hijanah kekal tenang direman empat hari -“Doa yang baik2..”

Derma, bantu ahli keluarga sendiri

Dalam pada itu, Michael Ang turut menasihati orang ramai agar membantu ahli keluarga terdekat terlebih dahulu sebelum orang lain.

“Lagi baik kita derma dan tolong orang yang terdekat dengan kita dan kaum keluarga. Apapun, tolonglah keluarga dahulu sebelum nak tolong orang lain.
“Kita menderma untuk tolong orang yang memerlukan tapi diorang yang berbanglo dan kereta mewah lima enam buah. Lepas tu bertutup litup dan guna nama Allah.
“Manusia jenis apa ni eh? Lebih teruk berbanding binatang namanya. Orang menderma sebab mereka nak tolong tapi mereka mengambil kesempatan. Keji,” ujarnya lagi.

Terdahulu, media melaporkan pasangan pempengaruh yang juga usahawan, Aisyah Hijanah dan Alif Teega ditahan reman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan bagi dakwaan menyeleweng kutipan derma.

Sumber: Instagram Michael Ang