Influencer Terkenal Nafi Mata Lebam Sebab Dipukul Suami, Tapi Kemalangan Main Gokart | Oh! Media

Influencer Terkenal Nafi Mata Lebam Sebab Dipukul Suami, Tapi Kemalangan Main Gokart | Oh! Media

Untuk mengelakkan fitnah, pempengaruh media sosial terkenal, Asyallie menjelaskan lebam di bahagian matanya bukanlah disebabkan keganasan rumah tangga.

Sebaliknya kerana terlibat dengan kemalangan sewaktu bermain go-kart. Katanya, kemalangan membabitkan tiga individu dan suaminya juga cedera hingga gusi berdarah.

lebam

Pempengaruh yang mempunyai 1.7 juta pengikut di Instagram ini berkata lagi, mereka biasa bermain di litar itu tetapi pada malam kejadian jalan agak licin.

Asyik berlanggar dinding dan drift teruk. Tobat tak mau pi situ dah.

Ujar Asyallie, berlaku hentakan yang kuat dan dia telah pengsan. Suami bergegas membawanya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

asyallie

Ibu kepada tiga orang anak ini bersyukur ujian CT scan dan X-ray menunjukkan keputusan baik-baik sahaja.


Scroll to Top