Trending
Tular di Thread video memaparkan pegawai DBKL ‘selamba’ buang sampah dari tingkap van rasmi.
Tindakan seorang kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang didakwa membuang sampah dari kenderaan rasmi akhirnya mengundang padah selepas perbuatannya dirakam pengguna jalan raya.
Kejadian yang berlaku pada 21 Jun 2026 itu mula mendapat perhatian selepas seorang pengguna Threads memuat naik gambar kenderaan berkenaan berserta nombor pendaftarannya.
Perbuatan kakitangan DBKL dirakam orang awam
Menerusi hantaran tersebut, pengguna berkenaan turut menandai akaun rasmi DBKL bagi meminta pihak berkuasa tempatan itu mengambil perhatian terhadap kejadian terbabit.

Pengguna itu turut mendedahkan nombor pendaftaran kenderaan berkenaan yang dipercayai digunakan ketika kejadian berlaku.
DBKL panggil kakitangan beri penjelasan

Selepas menyedari mengenai aduan yang tular, DBKL memaklumkan pihaknya memandang serius dakwaan melibatkan anggota penguat kuasa tersebut.
Kakitangan terbabit kemudian dipanggil untuk memberikan penjelasan, manakala semakan turut dijalankan bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai kejadian itu.

Hasil tindakan susulan itu, kakitangan berkenaan dikenakan kompaun di bawah Seksyen 47(1)(e), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.
Dalam kenyataan sama, DBKL menegaskan kepentingan integriti, disiplin dan profesionalisme dalam kalangan warga kerjanya ketika memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.
Pihaknya juga tidak akan berkompromi terhadap sebarang perbuatan yang boleh mencalarkan imej organisasi.
Pssttt! Sebagai kakitangan yang menggunakan kenderaan rasmi, setiap tindakan pastinya membawa imej organisasi. Syabas kepada orang awam yang berani membuat aduan dan kepada DBKL kerana mengambil tindakan tanpa berkompromi terhadap kesalahan kakitangannya sendiri.
Kredit: Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




