“Ingatkan anak…” – Beza usia 11 tahun, wanita diperli kahwini lelaki lebih muda

“Ingatkan anak…” – Beza usia 11 tahun, wanita diperli kahwini lelaki lebih muda

Jodoh dan pertemuan terletak di tangan Tuhan. Tua atau muda, usia bukanlah satu halangan dalam membina sebuah rumah tangga.

Ini kerana apa yang penting adalah hati dan penerimaan terhadap pasangan masing-masing.

Baru-baru ini, kisah tentang seorang wanita dikenali sebagai Roziliana menjadi tular di aplikasi TikTok apabila dia memuat naik sebuah video bersama suaminya.

@manjefizi

#team💜purple🤭🤭 nak try jgk la yg org kata viral ni..xtaw le jd ke idok😂@haffizi88

♬ Mi favorite song – 🦋🍩𝔻𝕦𝕟𝕜𝕚𝕟𝕤🍩🦋

Namun, apa yang menjadi perhatian netizen adalah wajah wanita itu yang dikatakan kelihatan lebih berusia berbanding pasangannya.

Lebih menyakitkan hati apabila rama yang meninggalkan komen berupa sindiran mengatakan suaminya adalah anak wanita tersebut.

Berikutan itu, wanita itu tampil bersuara mengatakan tidak salah untuk seseorang wanita berkahwin dengan lelaki yang lebih muda.

Meskipun jarak usia mereka adalah 11 tahun, sekurang-kurangnya berkahwin dengan lelaki bujang dan dia tidak merampas suami orang lain.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap individu-individu yang mengecam dan menyindir wanita terbabit.

Di samping itu, mereka turut mendoakan agar jodoh mereka berdua berkekalan.

Sumber: TikTok @manjefizi

Scroll to Top