Cuba bayangkan, korang dah lama buat pesanan dekat aplikasi Grab, tapi rider Grab tak sampai-sampai lagi.
Nak call, rasa macam menekan-nekan pula, betul tak? Dan dan waktu tu, korang dapat notifikasi daripada aplikasi Grab, bila baca sekali imbas, Grab suruh korang sabar. Lah, kita pula yang disuruh sabar!
Sabar Itu Separuh Daripada Iman, Tapi Sabar Ini Lain Pula Ceritanya…
Orang kalau dengar cerita ni, ayat biasa akan diungkapkan adalah “Sabar je lah, sabar itu kan separuh daripada Iman”. Tapi, sabar ini lain beb ceritanya!

Hanisz, yang mengalami situasi sedemikian, muat naik satu hantaran di aplikasi Thread, meluahkan situasi tersebut, dan Grab pickup story ini!
Adaptasi Kisah Benar, Grab Hasilkan Filem Raya Muzikal

Jujur cakap, filem Raya Grab tahun ni memang lain daripada yang lain, sebab selain daripada adaptasi kisah Hanisz, mereka juga mengambil langkah berani untuk hasilkan filem pendek bertemakan muzikal tau! Serius fun!
Nak tahu kenapa Grab suruh Hanisz sabar? Jom tengok Sabar’s On The Way, Sebuah Muzikal Raya oleh Grab!
Tak sangka, satu momen digital yang mencuit hati netizen, mampu diolah menjadi sebuah filem muzikal Raya yang unik, menggabungkan humor dan mesej kesabaran sempena Ramadan ni.
Jadi, memandangkan iklan ini menceritakan tentang kesabaran, apa kata di bulan Ramadan ini, kita cuba latih diri kita untuk lebih bersabar, lagi-lagi apabila menghadapi situasi seperti Hanisz.
#SabarOnTheWay #GrabHantarkanSabar #GrabBersamaMalaysia #RamadanRaya
Zakwan kini memfokuskan tugasan penulisan artikel pemasaran di Oh! Media, menghasilkan kandungan yang informatif dan relevan untuk menyokong strategi pemasaran yang berkesan.



