Bekas isteri kepada Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah mendakwa dia menyangka keberaniannya bersuara di media sosial akan membuatkan bekas suaminya tidak berani untuk ‘memijaknya’.
Menerusi satu hantaran di Threads, Dr Fie bagaimanapun mendakwa bekas suaminya dilihat lebih lantang.
BACA: “Baju Masih Dalam Kotak” – Dr Fie Mohon Maaf Isu Penampilan Di Mahkamah

“Saya ingatkan kalau saya bersuara di media sosial dia akan takut nak pijak saya. Rupa-rupanya tidak, dia lagi lantang,” tulisnya.
Kenyataan Dr Fie itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuk seorang individu yang berkata media sosial Nubhan dilihat sepi tanpa sebarang hantaran berkenaan rumah tangga.
Bagaimanapun, hantaran individu itu dibalas semula oleh Dr Fie yang mendakwa wujud akaun palsu yang mempertahankan bekas suaminya itu.




