Pempengaruh dan juga usahawan terkenal, Khairul Aming kembali berkongsi resepi selepas ramai “anak muridnya” meluahkan kerisauan melihat guru mereka tidak memuat naik sebarang hantaran hari ini.
Khairul Aming mohon maaf lambat
Menerusi hantaran dimuat naik, pemilik nama Khairul Amin Kamarulzaman, 33, tampil memohon maaf atas kelewatan memuat naik kandungan seperti kebiasaannya.
“Maaf lambat sikit ada mesyuarat PIBG tadi. Mak ayah bising anak stress. Hari ni kita tukar silibus ke makanan India, jom buat Vadai.
“Sangatlah sedap tak boleh henti makan,”kongsinya beserta video masakan.
@khairulaming Maaf lambat sikit ada mesyuarat PIBG tadi. Mak ayah bising anak stress. Hari ni kita tukar syllabus ke Indian food, jom buat Vadai. Sangatlah sedap tak boleh stop makan 😋 Kepada akka amma kalau saya ada salah step tolong betulkan pleasee 🥹
Ingatkan merajuk!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata ‘anak murid’ meluahkan rasa lega apabila guru berkenaan kembali berkongsi resepi selepas ‘menghilang’ seketika.
Malah, ada yang berseloroh dan beranggapan Khairul Aming ‘merajuk’ disebabkan penularan semula video tariannya suatu ketika dahulu.


Kelas tak batal ke?
Malah, ada juga seolah-olah kecewa apabila mendapat tahu sesi ‘pembelajaran’ tetap diteruskan pada hari ini.



Artikel lain: Khairul Aming menyesal, video lama ‘digali’ netizen -“Sebab tu nak buat video kena fikir…”
Sehingga kini, hantaran tersebut terus meraih perhatian serta pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang tidak sabar mencuba menu Vadai yang dikongsikan.
Sebelum ini, beberapa video ‘sesi pembelajaran’ kelas masakan Khairul Aming tular, terutama pada awal kemunculannya.

Hal ini membuatkan pempengaruh itu menitipkan pesanan kepada anak-anak muda supaya berfikir dahulu sebelum berkongsi sebarang video di internet.
Ia terjadi susulan resepi-resepi yang dikongsikan sepanjang Ramadan apabila ramai dikatakan gagal mengejar ‘silibus’ kerana terlalu banyak kandungan dikongsikan setiap hari.

Sejak awal Ramadan, video-video resepi masakan untuk berbuka dan bersahur daripada Khairul Aming serta beberapa lagi pempengaruh kerap menjadi tular.
Pelbagai kerenah dan ragam telah menghiburkan warganet dalam menjalani ibadah puasa, selain memperkenalkan menu baru mengikut resepi yang dikongsikan.
Sumber: Threads khairulaming




