Ingin keluar rumah, tinggal berasingan didakwa punca Zahnita dikasari suami

Ingin keluar rumah, tinggal berasingan didakwa punca Zahnita dikasari suami

am@hmetro.com.my

Kuantan: Ingin keluar rumah dan tinggal berasingan dipercayai punca bekas model Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 39 menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata berdasarkan siasatan awal mendapati keputusan itu menyebabkan suami mangsa marah dan bertindak ke atas Zahnita Wilson.

“Berikutan itu, laporan polis dibuat oleh mangsa pada 27 November lalu dan suami mangsa ditahan semalam, selepas hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.

“Hari ini suspek dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan tahanan reman,” katanya ketika ditemui media selepas Perhimpunan Bulanan Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, di sini hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 323 akta sama dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga.

Terdahulu Harian Metro melaporkan hantaran terkini dimuat naik pelakon dan bekas model, Zahnita Wilson mengejutkan ramai apabila berkongsi dua foto menampakkan matanya yang lebam.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top