Selebriti terkenal, Fattah Amin dan Fazura hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor bersama peguam masing-masing untuk prosiding pertama kes penceraian.
Memetik laporan Harian Metro, peguam syarie Nur Fazura iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan berkata, sebutan permohonan perceraian ditetapkan di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 dengan kebenaran mahkamah.
Namun, pada prosiding pagi ini pihaknya menerima satu cadangan penyelesaian daripada pihak Fattah membuatkan mahkamah menangguhkan kes pada 7 Oktober untuk pihak-pihak berbincang.
Katanya, pihaknya tidak sempat meneliti cadangan dan belum bersedia untuk berbincang dalam masa yang singkat.
Dalam pada itu, peguam sempat mengulas mengenai dakwaan Fattah berlaku curang seperti yang hangat diperkatakan di media sosial.
Kita rasa Fazura tidak pernah buat kenyataan, yang timbul adalah daripada individu-individu yang membuat statement melalui media sosial berkaitan perkara-perkara yang sebenarnya kita pun tak pernah cakap. Even kalau dapat tengok dalam permohonan penceraian ini, kita tak sebut langsung isu-isu berkaitan kejadian curang dan sebagainya.
Kata peguam, Fazura tidak pernah mengeluarkan kenyataan Fattah berlaku curang dan ianya juga tidak disebut dalam permohonan cerai yang dibuat.
