“Ini Bukan Kali Pertama Saya Diceraikan”- Isteri Faisal Halim Dedah ‘Dipulangkan’ Kembali Kepada Ibu

“Ini Bukan Kali Pertama Saya Diceraikan”- Isteri Faisal Halim Dedah ‘Dipulangkan’ Kembali Kepada Ibu

Susulan kes perceraian melibatkan pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim, isterinya akhirnya tampil membuka mulut mengenai punca sebenar keretakan rumah tangganya.

Kata Nur Syazwani menerusi hantaran di Instagram Story (IGS) miliknya, perceraian ini bukanlah kali pertama berlaku sebaliknya sudah lama terjadi.

Malah, keputusannya memfailkan cerai terhadap Faisal adalah atas dasar tindakan pemain bola sepak itu yang dianggap tidak menghargai pengorbanannya selama ini.

“Tindakan saya hari ini berdasarkan apa yg saya lalui dan kehidupan saya sendiri. Saya yg lebih tahu kehidupan saya.

“Saya telah berkorban seluruh jiwa saya untuk keluarga saya, dari susah sehingga berjaya, dari tidak dikenali kepada seorang yang dipuja, dari sakit sehingga sihat dan kembali ke tahap terbaik.

“Bukan mudah untuk saya. Malah ini bukan kali pertama, saya pernah diceraikan sebelum ini.

“Saya cuba pertahankan tapi terlalu banyak campur tangan dan onak dalam kehidupan saya,” katanya.

Dalam pada itu, Nur Syazwani juga menjelaskan, meskipun berat menerima takdir hidup, dia terpaksa reda kerana telah ‘dipulangkan’ kembali kepada ibunya.

“Tindakan saya hari ini bukan satu keputusan yang senang dibuat. Saya telah berusaha namun mungkin ini jalan yang terbaik.

“Ibu saya disuruh untuk mengambil saya, saya telah dipulangkan kepada ibu saya. Walaupun berat hati, saya ikutkan kehendak dia,” jelasnya.

Terdahulu, tindakan Nur Syazwani memfailkan cerai terhadap Faisal mengejutkan ramai pihak.

Sekadar info, Fisal dan Nur Syazwani mendirikan rumah tangga pada 9 Mac 2019 dan hasil perkahwinan pasangan itu  dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Khalish Aryan.

Scroll to Top