“Ini Bukan Kecil Nilainya, Mereka Korbankan Harta & Nyawa Ke Jalan Allah” – Nabil Ahmad

“Ini Bukan Kecil Nilainya, Mereka Korbankan Harta & Nyawa Ke Jalan Allah” – Nabil Ahmad

Pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad berpesan agar orang ramai di luar sana sentiasa mendoakan keselamatan semua delegasi Malaysia yang terlibat dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.

Ia susulan inisiatif yang diambilnya bersama rakan penyampai baru-baru ini untuk menghubungi penyanyi Zizi Kirana gagal dek kerana kapal mereka di awasi banyak dron.

“Difahamkan, kapal mereka sedang diawasi dron, jadi sebarang komunikasi keluar masuk tidak dibenarkan.

“Cuma kami terima ‘voice note’ daripada Zizi yang memaklumkan memang mustahil untuk berhubung ketika ini,” katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu,  Nabil berkata, apa yang dilakukan peserta misi bukanlah sesuatu yang mudah dan besar nilainya kerana mereka sanggup meninggalkan keluarga, anak-anak, suami, dan berkorban nyawa serta harta ke jalan Allah.

Justeru, dia berharap agar orang ramai tidak berhenti mendoakan keselamatan mereka dan misi menyalurkan bantuan ke Gaza dapat disempurnakan.

“Yang kita mampu lakukan sekarang adalah berdoa.

“Apa yang mereka lakukan bukan kecil nilainya. Mereka korbankan nyawa, masa dan harta di jalan Allah untuk membantu saudara kita di sana,” jelasnya.

Sumber: Berita Harian

Scroll to Top