Kecoh sejak semalam seorang wanita didakwa mengganggu rumah tangga influencer terkenal, Elcah. Wanita itu juga dikatakan bekas hijab stylist selebriti popular, Fazura.
BACA: Kecoh Hijab Stylist Ganggu Suami Influencer, Netizen Ungkit Kisah Cerai Pasangan Popular
Lebih mengejutkan, wanita dikenali sebagai Syira itu didakwa mengaku sebagai punca Fazura dan Fattah berpisah.
Tidak tahan difitnah, Syira akhirnya tampil dengan satu kenyataan rasmi. Menurutnya, ini bukan kali pertama dia dilemparkan dengan dakwaan berat yang tidak berasas.
“Saya pilih untuk diam, bukan sebab saya salah”
Dalam perkongsian panjang lebar itu, Syira akui hatinya remuk apabila terus dihukum tanpa bukti, malah namanya dikaitkan dengan cerita yang belum tentu benar.
Menurutnya lagi, dia memiliki bukti kukuh yang mampu membersihkan namanya, namun enggan mendedahkannya kerana mahu menjaga aib semua pihak.
Untuk kali kedua, saya dituduh sesuatu yang saya tak buat. Saya dipanggil penyondol dan perosak rumah tangga orang,.
Syira turut menyatakan bahawa dia sudah penat dijadikan sasaran tuduhan palsu dan tidak berasas, malah tidak akan berdiam diri lagi.
Dakwaan datang daripada kawan?

Saya tidak akan teragak-agak untuk ambil tindakan di bawah undang-undang. Saya dah kumpul nama, tangkap layar dan semua bukti yang diperlukan.
Apa yang lebih mengejutkan, individu yang menuduh Syira mengaku bahawa cerita itu bukan datang daripadanya sendiri tetapi sekadar dengar dari ‘kawan-kawan’.
Apabila ditanya siapa ‘kawan’ tersebut, individu itu enggan dedahkan kerana tidak mahu melibatkan mereka.
Terdahulu, influencer dikenali sebagai Elcah mendakwa Syira telah mengganggu suaminya. Malah, suami Elcah sendiri iaitu Afi tampil mempertahankan diri mendakwa Syira telah memburuk-burukkan isterinya supaya mereka bercerai.
Pssttt! Bahaya tuduhan tanpa bukti ni kan. Apa-apa pun diharapkan kes ini selesai secara matang. Tak pasal-pasal nama orang lain pula terpalit.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




