Ini Kemaskini Harga Minyak Petrol Di Minggu Pertama Hari Raya Aidifitri 2025 | Oh! Media

Ini Kemaskini Harga Minyak Petrol Di Minggu Pertama Hari Raya Aidifitri 2025 | Oh! Media

Kerajaan telah mengumumkan harga minyak mingguan bagi tempoh 3 hingga 9 April 2025.

  • RON95 kekal pada RM2.05 seliter
  • RON97 naik lima sen daripada RM3.28 seliter kepada RM3.33 seliter
  • Harga diesel di Semenanjung Malaysia kekal RM3.03 seliter
  • Harga diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan kekal RM2.15 seliter

Menurut Kementerian Kewangan (MOF), kenaikan harga RON97 adalah selari dengan peningkatan harga pasaran minyak dunia.

Kerajaan akan terus pantau harga minyak

minyak petrol

Dalam satu kenyataan, MOF memaklumkan bahawa kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran minyak global dan menyelaras harga runcit RON97 mengikut pergerakan pasaran.

Harga ini ditetapkan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM) dan kerajaan akan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara.

#ApaKataOhmedia

Kenaikan harga minyak boleh memberi kesan kepada kos sara hidup, jadi pengguna dinasihatkan untuk merancang perbelanjaan bahan api dengan lebih bijak. 

Mungkin ini masa yang sesuai untuk memanfaatkan kenderaan elektrik atau berkongsi kenderaan bagi mengurangkan kos harian.


Scroll to Top