Ini mungkin kempen terakhir saya – Bale

Ini mungkin kempen terakhir saya – Bale

LONDON: Gareth Bale mengakui karier antarabangsanya semakin menghampiri penghujung, dengan kempen kelayakan Piala Dunia kali ini mungkin penampilan terakhirnya bersama Wales.

Wales bertemu Republik Czech di Cardiff malam ini dalam usaha memburu mata pertama Kumpulan E selepas kekalahan di tangan Belgium pada perlawanan pertama.

Wales masih mempunyai aksi Euro 2020 yang ditangguhkan ke Jun ini, tetapi Bale akan mencecah usia 33 tahun menjelang Piala Dunia 2020 di Qatar.

“Saya tidak banyak memikirkan tentang selepas kempen ini. Kita semakin berusia dan mungkin ini kempen terakhir.

“Jika ia menjadi kenyataan, ia tidak akan mengubah cara pemikiran saya. Saya tetap akan memberikan 100 peratus seperti biasa.

“Kami masih mempunyai kejohanan besar musim panas ini dan meneruskan kempen kelayakan selepas itu.

“Saya tetap fokus dengan misi sekarang. Apa yang terjadi pada masa akan datang akan tetap terjadi,” kata Bale.

Bale bermula perlahan dalam kepulangannya bersama Tottenham selepas dipinjamkan oleh Real Madrid.

Walaupun dikatakan mempunyai masalah kecederaan lutut, dia tetap meledak enam gol untuk Spurs dalam enam perlawanan pada Februari dan awal Mac. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top