“Ini Pasal Nilai, Bau Tu” – Bapa Sanggup Bagi Ganjaran Kalau Sesiapa Jumpa Hello Kitty Anak | Oh! Media

“Ini Pasal Nilai, Bau Tu” – Bapa Sanggup Bagi Ganjaran Kalau Sesiapa Jumpa Hello Kitty Anak | Oh! Media

Seorang bapa sanggup memberi ganjaran RM200 buat sesiapa yang menjumpai patung Hello Kitty kesayangan anak.

Menurut pengguna X Aliff Zaki, patung itu sudah bersama anaknya sejak lahir kira-kira empat tahun lalu. Ianya sangat berharga dari segi nilai sentimental dan ‘bau‘.

Patung itu dipercayai hilang ketika dia dan keluarga bercuti di Terengganu. Dia sudah meminta pemilik homestay untuk carikan tetapi tidak jumpa.

Selepas dua minggu berlaku, lelaki ini tidak sangka akhirnya patung itu dijumpai oleh salah seorang tetamu yang menginap di homestay.

hello kitty

Lelaki ini menunjukkan bukti memberikan ganjaran RM200 tetamu terbabit. Fuh! Inilah pengorbanan seorang bapa kan? Sanggup buat apa je demi anak.


Scroll to Top