Ini Realiti Sebenar Sekiranya Korang Kononnya Beli Biji Emas 0.0001g Di Tiktok Untuk Pelaburan | Oh! Media

Ini Realiti Sebenar Sekiranya Korang Kononnya Beli Biji Emas 0.0001g Di Tiktok Untuk Pelaburan | Oh! Media

Korang perasan tak dekat Tiktok ada yang menjual biji emas seberat 0.001 gram dengan harga bermula RM5 saja?

Harga dia punyalah murah dan mesti ada yang membeli untuk pelaburan emas ataupun simpanan di masa akan datang.

Menerusi Tiktok, ada seorang individu mendedahkan realiti sebenar di mana individu yang membeli biji emas itu akan rugi. Biar betul?

Katanya, kedai emas tidak akan terima dan dirinya sendiri telah pergi untuk memajak biji emas itu.

Bukan tu jer, sekiranya korang kumpul sehingga 1kg biji emas itu dan ingin jual, kedai emas tidak akan membelinya disebabkan ianya sangat kecil dan tidak dapat dilakukan ujian ketulenan.

Dia juga memberi berumpamaan di mana jika korang membeli RM10 untuk harga 0.0001 gram maknanya korang akan membelanjakan RM10,000 untuk 1 gram.


Scroll to Top