Ini Respon Anwar Ibrahim Mengenai Isu Pencalonan Nurul Izzah Untuk Jawatan Timbalan Presiden | Oh! Media

Ini Respon Anwar Ibrahim Mengenai Isu Pencalonan Nurul Izzah Untuk Jawatan Timbalan Presiden | Oh! Media

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, enggan mengulas panjang mengenai pencalonan anaknya, Nurul Izzah Anwar, untuk jawatan Timbalan Presiden PKR.

Menurut laporan Kosmo, Anwar hanya menjawab secara berseloroh apabila ditanya tentang pencalonan itu.

Saya tak daftar lagi (borang pencalonan Presiden). Presiden masih kosong, saya akan isi kemudian – ujarnya dengan nada bergurau.

Bayangan akan pertahan jawatan Presiden PKR?

Anwar Ibrahim

Walaupun nada santai, kenyataan Anwar seolah memberi petunjuk bahawa beliau akan kekal mempertahankan jawatan Presiden PKR dan akan menghantar pencalonannya tidak lama lagi.

Sebelum itu, Anwar turut menyertai kira-kira 500 jemaah menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Iman, Presint 9 dan kemudian menyahut cabaran wartawan untuk berjalan kaki ke restoran berhampiran.

Scroll to Top