“Ini sangat biadap!” -Ibu Ameera Khan kesal, anak gadis difitnah berjudi

“Ini sangat biadap!” -Ibu Ameera Khan kesal, anak gadis difitnah berjudi

Perkongsian influencer, Ameera Khan dalam beberapa muat naik terbarunya di media sosial telah mendapat perhatian ramai.

Mana tidaknya, Ameera yang seperti biasa bergaya elegant telah berkongsi beberapa gambar sewaktu di luar negara menyaksikan satu acara melibatkan perlumbaan kuda.

Ternyata, posting yang dibuat adik kepada selebriti terkenal, Neelofa itu telah menjadi perbualan netizen sehingga ada yang sanggup melemparkan tuduhan bahawa dia sedang berjudi.

Fitnah tersebut ternyata membuatkan ibunya, Noor Kartini begitu kesal sehingga menyelar tindakan biadab pihak yang menuduh anak gadisnya berjudi hanya berdasarkan hantaran di media sosial.

“Ini sangat BIADAP…nak meniaga biarlah rezeki yang HALAL…bukan sanggup FITNAH sampai macam ni,” tulisnya.

Perkongsian tersebut telah mendatangkan pelbagai komen daripada netizen. Ada di antara mereka menyokong kekesalan yang diluahkan Noor Kartini kerana menganggap hal tersebut sangat berlebihan.

Walau bagaimanapun, ada juga yang menasihati supaya menegur Ameera Khan agar tidak memuat naik perkongsian yang boleh mengundang fitnah di media sosial.

 

 

Sumber: Instagram noorkartini

Scroll to Top