Ini Sebab Rupiah Indonesia Semakin Lemah | Trending – Oh! Media

Ini Sebab Rupiah Indonesia Semakin Lemah | Trending – Oh! Media

Trending

Isu domestik, perbelanjaan lebih dari hasil dan pencalonan anak saudara Presiden antara punca rupiah terus jatuh mendadak.


Keadaan ekonomi serantau kembali menjadi perhatian apabila nilai rupiah Indonesia terus melemah berbanding dolar Amerika Syarikat.

Situasi ini bukan sahaja mencerminkan cabaran ekonomi yang sedang dihadapi negara jiran itu, malah memberi isyarat penting terhadap tahap keyakinan pelabur, kestabilan pasaran kewangan serta tekanan dalaman yang mempengaruhi hala tuju ekonomi Indonesia ketika ini.

Isu domestik, perbelanjaan lebih dari hasil dan pencalonan anak saudara Presiden

Menerusi laporan daripada Reuters, rupiah sebenarnya sangat sensitif terhadap sentimen pasaran global, namun faktor domestik turut memberikan kesan secara tidak langsung.

Tahun lalu, Indonesia berdepan beberapa siri rusuhan rakyat yang tercetus akibat bantahan terhadap elaun besar ahli parlimen serta peningkatan kos sara hidup.

Protes ini kemudiannya merebak menjadi demonstrasi yang lebih meluas, sehingga menyebabkan kerosakan harta benda dan pembakaran bangunan kerajaan serta infrastruktur awam di beberapa kawasan.

Presiden Prabowo

Data bulan ini menunjukkan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto merekodkan defisit belanjawan 2025 sebanyak 2.92% daripada KDNK, yang merupakan defisit paling besar dalam tempoh dua dekad, kecuali semasa pandemik COVID-19.

Bahasa mudah, Indonesia telah membelanjakan lebih banyak wang daripada pendapatan negara pada tahun 2025.

Situasi itu menghidupkan semula kebimbangan terhadap kelestarian fiskal ekonomi terbesar Asia Tenggara, sekali gus mencetuskan aliran keluar modal dalam pasaran bon.

Pada selasa lalu, pencalonan anak saudara Prabowo, Thomas Djiwandono, sebagai Timbalan Gabenor Bank Indonesia (BI) turut mengundang semula kebimbangan pelabur terhadap kebebasan bank pusat negara.

Thomas Djiwandono kiri dicalonkan sebagai Timbalan Gabenor Bank Indonesia

Permintaan dolar yang meningkat bagi tujuan import menjelang bulan Ramadan, yang bermula pada minggu ketiga Februari, turut menambah tekanan ke atas rupiah, menurut beberapa penganalisis.

Kredit foto XE Currency Converter

Setakat hari ini, 1 juta rupiah bersamaan RM239, sekali gus menunjukkan nilai mata wang Indonesia masih berada pada paras yang agak rendah berbanding ringgit Malaysia.

Pssttt! Dalam mengurus ekonomi negara, kebijaksanaan pemimpin memainkan peranan yang sangat penting. Pemimpin yang berilmu, berintegriti dan berpandangan jauh mampu membuat keputusan tepat demi kestabilan ekonomi serta kesejahteraan rakyat.

Kredit: Reuters
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.

Scroll to Top