Ini Sebab Sherry Ibrahim Doakan Fattah Amin Lepas Berpisah dengan Fazura, Netizen Pula Tuduh Tak “Move On” | Oh! Media

Ini Sebab Sherry Ibrahim Doakan Fattah Amin Lepas Berpisah dengan Fazura, Netizen Pula Tuduh Tak “Move On” | Oh! Media

Nama pelakon Sherry Ibrahim tiba-tiba menjadi perhatian selepas perpisahan Fattah Amin dan Nur Fazura baru-baru ini.

Ini berpunca daripada kata-kata semangat yang ditulis Sherry khas buat Fattah menerusi satu perkongsian di Instagram.

sherry ibrahim

Memetik laporan Hib Glam, Sherry berkata dia hanya ingin memberi kata-kata semangat tanpa niat lain. Sama seperti rakan selebriti lain, dia mendoakan yang terbaik buat Fattah agar dia dapat mengharungi ujian ini dengan tabah.

Namun, sesetengah pihak beranggapan niatnya sebaliknya dan mula menyerangnya dengan kata-kata negatif hanya kerana mereka pernah mempunyai hubungan istimewa dahulu.

Niat Murni, Tapi Salah Faham

sherry ibrahim

Sherry menegaskan bahawa dia ikhlas mendoakan Fattah dan tidak berniat untuk mencetuskan sebarang spekulasi.

Orang salah faham sebab saya hanya buat kenyataan kepada satu pihak. Saya kenal Fazura sebagai rakan industri, bukan sebagai kawan rapat. Mesej itu khusus buat Fattah sebab saya kenal dia, bukan untuk galakkan komen negatif.

Menurut Sherry, dia hanya ingin memberi sokongan moral kepada Fattah dan tidak mahu isu ini menjadi fitnah.

Saya tahu isi hati saya, Allah juga tahu. Saya buat kenyataan ‘straightforward’, tak salah seorang Muslim mendoakan kesejahteraan orang lain.

Netizen Tuduh Sherry Tak ‘Move On’

sherry ibrahim

Ada juga netizen yang menuduh Sherry tidak ‘move on’ daripada hubungan lama dengan Fattah. Namun, Sherry menyangkal tuduhan itu dan mengakui lebih suka menjaga privasinya.

Daripada putus sampai dia kahwin, memang saya selalu kena, tapi saya tak mahu ambil kisah. Orang tak tahu apa saya lalui.

Bila ditanya tentang hubungan terkini dengan Fattah, Sherry menjelaskan bahawa mereka sudah lama tidak berkomunikasi dan tidak mengikuti satu sama lain di media sosial.


Scroll to Top