Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menegaskan bahawa keputusan melarang pemasangan khemah di 11 pantai sekitar Port Dickson perlu dihormati oleh semua pihak.
Menurut laporan Astro Awani, keputusan ini dibuat bukan suka-suka, tetapi bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini, termasuk jenayah dan perbuatan maksiat.
“Jangan nanti PBT & MB dipersalahkan” – MB Negeri Sembilan

Menurut Aminuddin, peraturan ini penting demi keselamatan dan kesejahteraan pengunjung.
Kalau tiada peraturan, kita lagi susah. Kalau tiba-tiba esok ada kes rogol dalam khemah, yang dipersalahkan nanti pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Menteri Besar kerana telah beri kebenaran.
Katanya lagi, larangan ini telah mengambil kira pelbagai pandangan orang ramai dan bukan keputusan tergesa-gesa.
Jangan bertindak ikut perasaan

Aminuddin turut mengingatkan agar tidak memboikot keputusan ini secara melulu, kerana ia dilakukan demi keselamatan, adab, dan kesesuaian di kawasan pelancongan tersebut.
Jangan esok kita boikot, kita merugikan bangsa kita sendiri. Jangan ikut perasaan, tetapi kita tengok keselamatan, kesesuaian, adab dan suasana.
Setakat ini, peraturan ini terus mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Apa pendapat anda?
#ApaKataOhmedia
Setiap peraturan yang dibuat pasti ada sebabnya. Hormatilah keputusan ini dan jadilah pelancong yang bertanggungjawab demi keselamatan bersama.





