“Inilah Pengakhirannya, Kami Dah Cuba Selamatkan”

“Inilah Pengakhirannya, Kami Dah Cuba Selamatkan”

Pelakon Yusuf Baharin berkata tiada pasangan yang berkahwin mahukan perceraian dan dia tidak sangka rumah tangga yang dibina selama lima tahun bersama Zizi Kirana sudah berakhir.

Memetik HibGlam, Yusuf berkata dia dan Zizi sudah cuba untuk menyelamatkan rumah tangga namun perpisahan yang berlaku.

BACA: “Saya Tak Tahu Punca Zizi Kirana Failkan Perceraian”

“Hari ini adalah hari perceraian saya dengan bekas isteri, Zizi Kirana. Tiada sesiapa atau satu pun pasangan dalam dunia ni yang sukakan perceraian tetapi dalam kisah hidup saya dengan Zizi, inilah pengakhirannya.

“Saya tak pernah jangka dan saya tak pernah tahu akan terjadi dalam hidup saya. Kami dah buat yang terbaik, kami dah cuba sedaya upaya untuk selamatkan, tapi benda jadi macam ni,” katanya.

Yusuf bagaimanapun enggan berkongsi punca perceraiannya dan perpisahan mereka berlaku secara baik.

“Tak apa, itu biar saya dan dia saja yang tahu (punca perceraian). Kami berpisah secara baik, tak ada permusuhan dan tiada dendam, Alhamdulillah.

“Jadi, saya minta doa daripada kalian semua agar mendoakan kebahagiaan kami dan orang lain, insya-Allah,” katanya.

Terdahulu, rumah tangga pasangan itu yang dibina pada September 2021 didakwa goyah selepas memuat naik gambar raya secara berasingan.

Sumber: HibGlam


Scroll to Top