Walaupun sudah berpindah sekolah, seorang pelajar yang dikaitkan dalam kes kematian tragis Zara Qairina terus digelar ‘pembunuh’ oleh rakan sekolah baharu.
Memetik laporan Harian Metro, kejadian itu didedahkan sendiri oleh ibu pelajar tersebut di Mahkamah Koroner, Kota Kinabalu hari ini.
BACA: 195 Saksi Dipanggil Prosiding Inkues Kematian Zara Qairina
Dalam keterangannya, wanita berusia 42 tahun itu memberitahu mahkamah bahawa ejekan itu berlaku hanya beberapa hari selepas anaknya mendaftar ke sekolah baharu pada November lalu.
Pelajar A terus trauma dan masih jalani rawatan

Tambahnya, selain kejadian dipanggil pembunuh secara bersemuka, anaknya juga diejek ketika naik ke pentas untuk terima hadiah.
Bagi kejadian kedua, ketika dia naik ke pentas untuk menerima hadiah pertama, pelajar daripada kohort sama melaungkan ‘pembunuh, pembunuh’.
Tambahnya lagi, anaknya tidak mendengar laungan itu sendiri, namun dimaklumkan oleh individu yang berada di sekeliling ketika kejadian berlaku.
Pelajar A kini disahkan menghidap gangguan stres pascatrauma (PTSD) dan masih menerima rawatan. Dia merupakan salah seorang daripada lima pelajar yang didakwa dalam inkues kematian Zara Qairina.
Tiada tindakan walau 12 aduan dilaporkan

Saksi juga mendakwa bahawa sepanjang anaknya bersekolah di SMKA Tun Datu Mustapha, dia telah mengemukakan 12 aduan kepada pihak sekolah melibatkan isu penghinaan, cacian, kecurian dan perbuatan musnah.
Namun, tiada sebarang maklum balas memuaskan diberikan. Dia mendakwa anaknya adalah seorang yang ceria dan emosi stabil.
Sebagai ibu bapa, mereka mendidik anak untuk berdisiplin dan sentiasa bercakap benar.
Kalau dia berbohong, saya boleh nampak dia jadi tak selesa.
Beliau turut melahirkan rasa risau terhadap pengaruh rakan asrama anaknya yang dianggap berkelakuan buruk.
Dalam inkues tersebut, mahkamah turut dimaklumkan bahawa Zara Qairina pernah meluahkan perasaan kepada Pelajar A bahawa dia merasakan bapanya tidak menyayanginya kerana enggan membeli barangan yang dimahukannya.
Sebagai ibu, saksi menasihati anaknya supaya menjelaskan kepada Zara bahawa mungkin bapanya mempunyai alasan tertentu atas keputusannya itu.
Pssttt! Kalau benar aduan ibu ini tidak diendahkan, sistem pendidikan patut dikaji semula agar tiada lagi mangsa yang dibiarkan sendirian menghadapi trauma.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




