Usahawan dan personaliti media sosial, Tyra Kamaruzzaman, mendedahkan dirinya berhenti memakai eyelash extension dan kuku palsu selepas hatinya ‘tersentap’ melihat sebuah video pengurusan jenazah.
Menerusi TikTok, Tyra atau nama sebenarnya Athirah Kamaruzzaman, berkata dia pernah bergantung kepada dua elemen kecantikan itu beberapa tahun lalu, namun keputusan untuk meninggalkannya dibuat serta-merta selepas menonton video berkenaan.
“Dulu memang selalu pakai, tapi bila saya ternampak video orang urus jenazah yang masih ada nail polish dan eyelash extension… terus saya stop.
“Lagi pula lebih bersih dan mudah untuk solat,” jawabnya kepada komen individu tersebut.
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi, namun rata-rata netizen memuji kesedaran Tyra dan menganggap tindakannya wajar dijadikan contoh kepada orang lain.





